Apa ertinya merdeka?

Alangkah baiknya setiap tahun kami ra’ayat Semenanjung meraikan Hari Merdeka dengan perarakan berderet-deret dan berpakaian seragam warna-warni, seiras dengan perbarisan lintas hormat Rusia soviet dulu. Alangkah baiknya kami ra’ayat jelata masih begitu bertuah dikurniakan pemimpin-pemimpin yang bijaksana, prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang kesejahteraan orang ramai.

Alangkah baiknya kami diberi ruang melahirkan rasa cinta yang tidak kunjung padam, demi seluruh penduduk Tanah Melayu, terhadap pemimpin2 tersebut. Alangkah baiknya kami dibernarkan, tidak, kami digalakkan mengejar kekayaan masing2, seolah-olah kekayaan adalah hawa nafsu yang harus dimuaskan sekenyang-kenyang, selama 53 tahun kemerdekaan yang telah dinikmati kita.

Apakah maksud benar merdeka dan adakah kemerdekaan terhad kepada sentimen2 ini?

Tidak dinafikan sesiapa bahawa perkataan “merdeka” berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu sebuah bahasa Indo-Aryan yang merupakan bahasa purbakala negara India yang kemudian menyumbang dan mengayakan bahasa2 moden di rantau Nusanatara seperti Melayu, basa Jawa, Thai, Tagalog, Kemboja, Vietnam, dan lain2.

Makna perkataan “merdeka” atau “merdeheka” dalam Bahasa Sanskrit kurang jelas. Ada kemungkinan besar ia terdiri daripada dua perkataan, iaitu “maha” (besar) dan “ardika” (jiwa) yang sebaik sahaja digabungkan bermaksud “kebebasaan”, atau dengan lebih tepat “kebebasan daripada pengabdian”. Sebagai contoh, kamus Marsden menjelaskannya seperti berikut:

مردهيکي JAV. free, freed from slavery, manumitted. Orang mardīka a freed man, a manumitted slave, libertus, libertinus. Samoā-nia kāwan-kāwan-nia de lepas-kan-nia mardīka he has liberated all his domestics. Sāya atau mardika a slave or a freed man. Iäng me-mardikā-kan atau iäng de mardikā-kan he who bestows freedom, or he who is made free. Bri ūlih-mu akan dāku argā-mu maka mardikā-lah añgkau do thou pay me thy value, before I (consent to) make thee free.

(Nota: “manumitted” itu maknanya membebaskan melalui perbuatan sendiri, iaitu, daripada bahasa Latin manu tangan, dan mittere lepas, dan pemetikan terakhir itu yang sungguh menarik pemikiran saya — tak tau di mana Che’ Marsden jumpa ungkapan itu. Tak apa lah.)

Ada yang percaya bahawa istilah “merdeka” pada mulanya dikaitkan dengan hamba2 yang dibawa oleh pedagang, penjajah, dan penginjil Ferringhi. Hamba2 malang ini terdiri daripada budak2 Pantai Malabar, Koromandel, Kalkuta, Goa, Ceylon dan daerah lain dalam lingkungan pengaruh politik Ferringhi. Setelah “dijinakkan” menyukai kehidupan rumah penjajah, budak2 ini dibaptiskan dan seterusnya di bebaskan. Mereka disebut sebagai kaum merdequa, atau mardijker dalam bahasa Belanda, iaitu “bebas” yang kemudian dipungut menjadi “bebas daripada penjajah” pada zaman pra-Merdeka.

Bebas daripada penjajah itu ertinya apa? Penjajah Europah sudah lama mengundurkan diri daripada kerajaan2 Asia (tentang benda neo-colonial seperti Starbucks, McDonalds, dan lain-lain itu saya tak kisah lah. Itu hal persendirian.) Yang memang wajar adalah ra’ayat Malaysia disebut sebagai kaum bebas dan merdeka.

Ia kah? Bebas dan merdeka. Persoalannya, apakah wujud kemerdekaan kalau ra’ayat Malaysia hari ini berada di dalam keadaan di mana minda sendiri lebih cenderung kepada  pendekatan totalitarian? Jangan kiralah politik ke, undang2 zalim seperti ISA, Akta Penghasutan dan AUKU. Fikir sekejap tentang sistem pemerintahan masyarakat di mana sebahagian besar daripada warganegara lebih percaya akan pemimpin politik dan bukan hati nurani sendiri. Yang lebih percaya akan laba dan bukan kesejahteraan satu sama lain.Yang lebih seronok berbaris-baris sepanjang jalan demi menunjuk kekuatan perjuangan sendiri, sekalipun perjuangan itu berfikiran sempit dan jahat. Yang langsung tidak peduli penderitaan orang lain.

Apakah itu merdeka?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s