Siapa berhak?

Amat mendukacitakan apabila terbaca dalam suratkhabar pendapat seperti rencana yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini (Khamis 3hb Jun) bertajuk, Umat Islam, bangkitlah bersatu!

Tentang perpaduan umat Islam saya tidak akan mempersoalkan sebarang perkara. Begitu juga dengan pendapat penulis rencana tersebut, bahawa “negara-negara Islam tentu sedar, hanya dengan retorik, mengecam dan mengutuk tanpa mengambil apa-apa tindakan berkesan, adalah serupa seperti berdiam diri, sambil duduk dan menyaksikan kehancuran bangsa Palestin dan Lebanon [iaitu, Lubnan] di tangan durjana itu.”

Ia, apa yang dilakukan kepada para aktivis keamanan di atas kapal Mavi Marmara, saya menganggap sebagai perbuatan jahat dan keji. Lebih malang adalah pengepungan Jalur Gaza oleh tentera negara Israel dan bencana perikemanusiaan yang diakibatkan oleh pengepungan tersebut.

Saya ingin mengemukakan soalan kepada kerajaan Mesir, yang  telah menghalang pengangkutan darat ke dalam Jalur Gaza (termasuk juga konvoi Viva Palestina yang dinaiki saudaraku), dan yang membina sebuah dinding besi raksaksa di sempadan Mesir-Gaza.

Sebab itulah pertama-tamanya Flotilla Gaza berlayar. Sebab itulah sebahagian daripada para aktivis-aktivis terhilang nyawa apabila diserang dan dibunuh tentera Israel. Sebab itulah dikatakan, “darahmu sampai ke pantaiku sebelum bantuanmu.” (Yang ini saya baca di Twitter…  sudah lupa siapa yang menulisnya. Maaf.)

Ia. Zalim, kejam, jahat dan celaka. Tetapi apakah itu elok, jikalau kezaliman orang lain menimbulkan alasan kepada diri sendiri untuk menjajakan kebencian semata-mata? Kata penulis:

Mungkin pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler bukanlah orang layak disanjungi kerana keganasannya, namun tiada siapa dapat menafikan kebenaran katanya, bahawa bangsa Yahudi menjadi parasit kepada orang sekeliling. Mereka datang ke sesuatu tempat itu, sedangkan mereka hidup senang-senang.

Adolf Hitler “mungkin” tidak layak disanjungi? Keranakeganasannya”? Ada siapa yang ingin mengira penghapusan nyawa sejumlah 6,000,000 hanya “keganasan”, dan bukan sebagai “dahsyat” atau jauh tidak boleh diterima oleh sesiapa muhsin, lurus, dan jujur? Oleh sesiapa  yang ingin digelar “manusia”? Ada atau tidak?

Dan tiada yang sanggup menafikan bahawa bangsa Yahudi merupakan “parasit”? Oh, saya menafikan. Dan mereka juga:

Orang ini orang apa ya?

Gambar ini dicuri daripada laman ini. Sila klik ya, ada lagi gambar-gambar yang menarik dan yang mengejutkan. Tetapi yang dibangkitkan dalam hati saya adalah hanya kemarahan dan kecewaan; oh, tetapi tidak perlu bangkit apa-apapun, mengikut penulis rencana Sinar.

Amat menghairankan apabila Israel melakukan sesuatu yang dahsyat, dunia mengalih pandangan ke AS dan kuasa besar lain, mengharapkan mereka mengutuk serangan Israel. Tiada apa yang patut diharapkan mereka. Orang Islam sahaja dapat menyelamatkan nyawa saudara Islam mereka di Palestin.

Bagaimana dengan rakyat Palestin yang beragama lain? Apakah mereka tidak layak diselamatkan?

Apakah saya, yang tidak beragama Islam, tidak berhak menyelamatkan sesiapa pun? Kalau begitu bagaimana dengan para aktivis Flotilla Gaza yang turut  beragama bukan Islam, atau langsung tidak beragama?

Bagaimana dengan rakyat Israel-Yahudi yang tetap mengutuk kezaliman kerajaan dan tentera mereka sendiri terhadap rakyat (saya enggan menggunakan perkataan “bangsa”) Palestin? Bagaimana dengan Gideon Levy, seorang penulis beragama Yahudi yang berkerja sebagai kolumnis suratkhabar Haaretz?

Sila baca pendapat beliau dan lain-lain penganalisas beragama Yahudi and bukan Yahudi, Islam dan bukan Islam, di seluruh dunia, sebelum membuat sebarang keputusan bahawa nyawa Islam hanya dapat diselamatkan oleh orang Islam sahaja.

Ini fikiran sempit yang tidak akan mencapai apa-apa kecuali kebencian yang sama tahap dengan kekejaman kerajaan dan tentera negara Israel dan mereka yang sepakat dengannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s